Rumah Berkembar Desa Ilmu Lakeside Unik

KUCHING, Sabtu – Selepas penat bekerja sehari suntuk, mungkin apa yang anda perlukan ialah sebuah rumah untuk berehat yang boleh menjamin keselamatan dan ketenangan bagi membina stamina atau menggembalikan tenaga untuk melalui hari-hari yang penuh dengan cabaran.
Kediaman Pinggir Tasik Desa Ilmu pasti merupakan rumah sempurna bagi mereka yang inginkan ketenangan dan laluan mudah ke pusat bandar.

Naim Cendera Holdings Berhad, pemaju hartanah bagi Desa Ilmu di Kota Samarahan telah memulakan satu konsep tepian tasik yang menghijau untuk gaya hidup sihat. Ia mempunyai beberapa buah banglo satu tingkat yang dilengkapi sepenuhnya dan lot berkembar yang sudah siap untuk dijual.

Saiz tanah untuk lot berkembar daripada 21 poin ke atas dan ia dirancang dengan strategiknya dengan gambaran indah pemandangan di sekeliling pinggir tasik.
Penduduk setempat boleh menikmati suasana berjalan kaki disepanjang trek joging di sekitar tasik bekenaan.

Desa Ilmu Lakeside hanya mengambil masa 25 minit memandu ke pusat bandar Kuching.
Lokasinya yang canggih menjadikan ia rumah sempurna utnuk mereka yang ingin meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang.

Pembeli mempunyai dua pilihan mudah apabila membeli lot berkembar sama ada memilih daripada enam rekaan yang siap dibina atau menggunakan peluang untuk mereka bentuk dan membina sendiri rumah impian mereka.

Hubungi talian 082-422001 atau kunjungi Pejabat Jualan dan Pemasaran Naim Cendera di Tingakt Bawah, Wisma Naim, Batu 2 ½, Jalan Rock untuk keterangan selanjutnya.